Awas ! 3 Label Makanan Yang Mengelirukan !
Sejauh manakah anda boleh mempercayai info pada label makanan?
Sama sekali tidak. Kebanyakan pengilang sudah tersangat "arif" dalam "bermain kata2" di dalam pembuatan label makanan. Contohnya, tanpa lemak, tanpa lemak trans dan tanpa kalori. Jangan percaya segala yang anda baca !
Bagaimanakah pengilang makanan ini boleh mengatasi undang2 ?
Undang2 VS Pengilang makanan
Undang2 kebanyakan negara membolehkan pengilang mengiklankan "Zero Fat" atau "Zero Trans Fat" asalkan kandungannya tak melebihi 0.5g !
Begitu juga pengilang dibenarkan mengiklankan "Zero Kalori" selagi kandungannya tak melebihi 5 kalori !!
Hah? 0.5g..5 kalori? Itukan tersangat kecil jumlahnya..tak memberi kesan pun.TAPI..pikir lagi. 0.5g dan 5 kalori per hidangan. Satu pakej,botol atau kotak mungkin saja mengandungi TINGGI Lemak dan Kalori tapi pengilang lebih bijak. Asalkan pakej itu dibahagikan kepada kemasan atau unit2 yang kecil dengan kandungan di bawah 0.5g lemak atau 5 kalori...TAK JADI MASALAH !
- Pernahkah anda gunakan "cooking spray" atau minyak dalam botol spray untuk masak? Para pengilang jenama "cooking spray" di pasaran menghebohkan kononnya penggunaan "cooking spray" boleh mengurangkan kandungan minyak/lemak dalam masakan. Apalagi katanya kandungannya TANPA LEMAK,TANPA KALORI. Apa yang tak kita tahu adalah kandungannya itu untuk sekali semburan yang mengambil masa seperlima saat sahaja! Nah..berapa orang di antara kita yang pernah menggunakan "cooking spray" menyembur sekali sahaja ketika memasak? Terjawab,bukan? 25 semburan baru bersamaan dengan 1 sudu teh. Sedangkan penggunaan yang biasa adalah 75 semburan!
- Pemanis sintetik tidak sesuai untuk kesihatan. FULL STOP! "Zero kalori"..oh tidak! Banyak juga yang menggunakan maltodextrin atau dextrose (kalau tak salah,inikan gula!) sebagai agen penambah. Kedua2nya menyebabkan "insulin-spike" !!
- Makanan yang mengandungi minyak yang "partially hydrogenated" adalah NO...NO! Kita sepatutnya "mengharamkan" sebarang makanan yang mengandungi "trans fat".
Salam selamba,
Dr Muhammad