Wednesday, 28 May 2014

Makanan Bijirin ( Cereal ) Menambah Lemak Badan?



Makanan Bijirin ( Cereal ) Menambah Lemak Badan?


Terkejut? Jangan. Anda perlu tahu bahawa gula disimpan dalam badan sebagai lemak. Makanan yang banyak mengandungi gula sudah tentu menambah lemak badan.


Cuba anda perhatikan kandungan gula yang tertera pada kotak makanan bijirin kegemaran anda sekeluarga. Kalau kandungannya lebih 5g per hidangan..JANGAN MAKAN ! Apatah lagi sesetengah cereal mengandungi lebih dari satu jenis gula !


Tahukah anda bahawa makanan bijirin adalah antara penyebab lemak badan,terutama di pinggang serta tergolong makanan tidak sihat.(kecuali beberapa jenama tertentu)


Ironinya, ramai yang beranggapan sebaliknya. Ini adalah kerana "propaganda"
iklan yang menggambarkan makanan bijirin sebagai makanan sihat. Kadang2 kononnya ditambah vitamin,mineral,antioksidan dan sesuai untuk kesihatan jantung.


Hakikatnya...


Ia biasanya mengandungi lebih dari satu sumber gula, sumber dari jagung misalnya sirap jagung, banyak mengandungi tepung gandum dan gluten. Ditambah pula oleh minyak denaturasi soybean dan canola.


Kesimpulannya...


Buang cereal. Lebihkan makanan natural dan segar.



 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad

Wednesday, 21 May 2014

12 Tips Cara Mudah Elak "Over-snacking"



Anda bekerja di pejabat. Menghadap meja dan komputer.(...mungkin sedang membaca blog Sambal Pecal,Bawang Goreng.) Duduk sepanjang hari. Kurang bergerak. Satu formula berkesan untuk melebarkan lagi pinggang anda ! Ditambah lagi tabiat suka makanan ringan sewaktu kerja yang "monotonous".


12 Tips Cara Mudah Elak "Over-snacking"

  1. Sentiasa rancang dulu dan bawa snack dari rumah. Dengan cara ini, pilihan snack yang lebih sihat dapat diamalkan.
  2. Sarapan pagi yang sempurna harus dititikberatkan. Kita perlukan tenaga untuk memulakan hari baru. Nescaya, semua yang dimakan digunakan untuk energi. Tiada untuk simpan sebagai lemak dalam badan.
  3. Bawa duit kertas yang bernilai besar saja. Tinggalkan duit recehan di rumah. Ini mengelakkan dari berbelanja makanan ringan terutama "vending-machine".
  4. Makan setiap 6 selang waktu yang konsisten dalam porsi yang kecil. Dengan amalan ini, metabolisme meningkat. Rasa lapar kurang. Tenaga bertambah.
  5. Pastikan sentiasa ada air suam di depan anda. Setiap kali teringin nak makan, minum 2 teguk air. Rasa dahaga selalu dikelirukan dengan rasa lapar.
  6. Hisap (bukan kunyah) gula2 peppermint bila terasa lapar. Ia membantu penghadaman dan  memberi tenaga segera serta bersifat "relaxant".
  7. Kunyah "chewing-gum" terutama rasa peppermint. Penjelasan seperti di atas.
  8. Ikhtiar agar sentiasa aktif buat kerja. Leka sikit nanti teringat nak makan.
  9. Kawal stress anda. Kalau perlu, pejam mata seketika. Tarik nafas dalam2. Hembus perlahan2. Jangan lama2. Nanti teman sebelah risau.
  10. Jangan ikut2an. Rakan sepejabat mungkin gemar makanan ringan. Jangan tunduk kepada tekanan dan cemuhan. "It's my body, not your body. Why you busy body."
  11. Minum teh herba seperti greentea,chamomile,oolong dan peppermint. Ia bersifat antioksida dan sesuai untuk kesihatan.
  12. Rajin solat.(...bagi mereka yang ada bilik solat lebih praktis)


 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad


Wednesday, 14 May 2014

12 Strategi Untuk Menghentikan Makan Lewat Malam



Apakah penghalang paling besar dalam usaha kita men"diet" ?


Diri kita.


Makan lewat malam. Ais krim. Nasi lemak. Roti canai. Teh tarik jangan lupa! Semua ini akan meng"hancur"kan apa2 program diet yang kita cuba. Mana taknya? Segala yang kita makan lewat malam disimpan dalam badan sebagai lemak. Kenapa? Sebab waktu malam kita tak menggunakan tenaga yang banyak.(...kecuali untuk aktiviti2 tertentu ..ahem)


Waktu siang senang mengawal makan. Malam menjelang. Anda tercari2. Restoran mamak 24 jam melambai2 anda agar kunjung menikmati nasi kandar kuah kari powerrr!...Mensia2kan segala usaha diet sepanjang siang tadi.


Antara sebab2 makan lewat malam

  • menghilangkan rasa bosan
  • perasaan keseorangan.(...senang je cope kahwin!)
  • teringin makan benda manis
  • suka makan sambil tengok TV
  • "terpaksa" menemani suami makan malam kerana lambat balik kerja (..alasan yang paling popular)
  • sambil belajar atau membaca buku 
  • sengaja mencari alasan
          
Jadi, bagaimanakah kita menghentikan  "rantaian maut" ini? (...diterjemah vicious cycle )


Mengikut kajian psikologi, sesuatu perlakuan menjadi tabiat (habit)  jika dilakukan selama 21 hari berturut2. Begitu juga dengan tabiat makan malam. Setkan 21 hari berturut2 tak makan lewat. InsyaAllah anda akan berjaya mematahkan "ritual lewat malam".


Lakukan 12 strategi berikut untuk menghentikan tabiat makan malam lewat


  1. Tunggu 15 min kalau anda "gian" nak makan. Biasanya, lepas 15 min hilang "gian". Kalau tak juga, buat no.2
  2. Minum 2 gelas air suam (..jangan air bergas/manis). Rasa haus selalu dikelirukan dengan rasa lapar.
  3. Makan gula2 peppermint kerana ia memberi tenaga dan membantu penghadaman..juga menghilangkan rasa lapar.
  4. Gosok gigi. Ada orang yang makan lepas gosok gigi?
  5. Minum teh herba, misalnya greentea,chamomile atau peppermint. Selain sebagai "relaxant", ia juga membuang lemak.
  6. Sibukkan diri dengan kerjatangan contohnya main game(iPad), menjahit dan menulis blog...
  7. Gunakan aromaterapi seperti lilin wangi atau cecair herba. Kajian menunjukkan aromaterapi dapat mengurangkan rasa lapar.
  8. Mandi air panas.
  9. Buang semua makanan ringan tak bernutrisi dalam rumah. Kalau memang dah tak ada, apa yang nak dicari..kan?
  10. Makan salad sayur dan buah contoh brokoli,lobak merah,cauliflower dan mangga. Minuman protein shake juga boleh.
  11. Makan 6 kali dengan selang masa yang sama tapi porsi kecil setiap hari. Ini mengurangkan rasa lapar kerana kadar gula dalam darah stabil. Lemak berlebihan turut diguna kerana metabolisme badan meningkat.
  12. Rajin beribadah tengah malam. 


 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad

Wednesday, 7 May 2014

5 Tips Menghadapi Pasangan Yang Tak Suportif


Asyraf berniat memberi galakan untuk isterinya, Farah yang baru memulakan program diet. Dia sentiasa menegur Farah kalau nak tambah nasi sewaktu makan. Begitu juga kalau isterinya ke dapur nak mencari "snack". Niat Asyraf  ingin membantu Farah sebaliknya membuat isterinya makin kecil hati. Mujur Asyraf dapat mencium bibit2 isterinya merajuk. ..Biasa lalui senario seperti ini?


Sokongan pasangan dalam program diet memang amat penting. Ia menentukan berjaya atau tidak program tersebut. Ramai pasangan berniat menolong tapi tak tahu caranya.


Apakah caranya?


Lakukanlah 5 tips yang hebat seperti berikut


  1. Tetapkan matlamat yang ANDA hendak menurunkan berat badan BUKAN kerana orang lain. Jangan asyik menegur pasangan anda agar tidak banyak makan. Sebaliknya, kalau perlu buang semua makanan ringan yang tidak berkhasiat dari dapur.
  2. Kemungkinan pergeseran hubungan suami-isteri mendorong pasangan masing2 makan dan makan...dan makan sebagai jalan keluar mengurangkan depresi. Berbincanglah dan jika perlu, dapatkan kaunseling dari pakar.
  3. Dapatkan kekuatan semangat dari keluarga,kawan,forum online atau grup diet.
  4. Lakukan penekanan POSITIF ke dalam diri anda setiap hari.                    
              Contohnya          Berat badan saya ideal 50kg
                                  Saya sihat 
                                  Saya suka makanan bernutrisi
                                  Saya bersenam hari2. 
     
       Anda harus yakindiri bahawa anda boleh buat. Penekanan positif akan     
       menguatkan program minda bawahsedar.
   
    5. Mungkin pasangan anda tidak mahu mengubah cara pemakanannya 
        kerana depresi,kecewa dan "overwork".(...stress) Ringankan beban 
        mereka. Berilah sokongan.


 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad 
How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner