Wednesday, 29 January 2014

Tidurlah Wahai Sayangku...



Tidur. Tidur yang cukup akan menjana kembali tenaga badan kita. Ia juga mengurangkan hormon stres dan rasa lesu. 


Tapi tahukah anda? Ia juga sangat penting dalam mengurangkan efek toksik terhadap otak akibat faktor2 luaran dan dalaman. Tidur yang cukup memperlambatkan proses "penuaan" otak dan mencegah penyakit2 seperti Alzheimer dan Parkinsonism.


Semasa tidur,tisu otak kita membuang segala toksik yang terkumpul sepanjang hari. Sepanjang masa tidur, cecair spina akan "membersihkan" sisa toksik dalam tisu otak lalu dibawa keluar melalui sistem salur darah. Yang mana ini akhirnya "dineutralkan" melalui organ hati.


Maka, wahai saudara2ku...


Kalau nak minda yang sihat, bebas dari sisa toksik dan dihindari dari penyakit2 seperti Alzheimer..


Tidurlah sekurang2nya 7-8 jam sehari.