Wednesday, 26 February 2014

200,000 Kematian Berkait Dengan Minuman Ini!


Adakah anda sedar lebih 200,000 kematian berkait dengan konsumsi minuman ini?


Dengan kata lain, 1 dalam 150 orang!


Penyebab penyakit2 kronik seperti diabetes,darah tinggi dan jantung.


Tapi saban hari kita tetap mengambil minuman ini.Ya. Air bergas,sirap manis malah air buah yang kononnya "100% " pekat. Selain tinggi kandungan gula ia juga banyak mengandungi kalori. Ada yang sampai 400 kalori!


Nah, kalau macam itu minum apa? Air ? Betul. Mana tahan kalau hari2 itu saja. Alternatifnya adalah buat air minum sendiri contoh jus buah. Pastinya anda lebih prihatin kerana anda sekeluarga yang akan minum.


Pilihan di tangan ANDA!




 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad

Wednesday, 19 February 2014

Suplemen Yang Anda Mesti Makan...Setiap Hari !


Ya. Mesti. Dan setiap hari.


Suplemen ini ada di dalam makanan kita tetapi tak mencukupi. Apatah lagi makanan yang telah diproses.


Tambah pula sekarang kononnya suplemen ini telah ditambahkan ke dalam telur, susu, makanan bijirin dan yogurt. Gimik ! Jangan mudah percaya. Iklan tetap iklan !


Jadi, apakah suplemen tersebut?


Minyak ikan Omega - 3


Ia mestilah dari ikan. Sumber sayur2an adalah tidak mencukupi. Omega-3 dari sayur2an bukanlah jenis EPA atau DHA. Sedangkan inilah asid lemak Omega-3 yang paling penting.


Apakah kelebihan minyak ikan Omega-3 ?


  • menambah rasio kolesterol baik 
  • anti-stress
  • anti-penuaan
  • kuku yang kuat dan kulit yang lembut
  • kesihatan mata
  • masalah sendi
  • menambahbaik mood
  • meningkatkan metabolisme
  • menajamkan fokus dan minda
  • memperbaiki sistem imun   
  • efek anabolik terhadap otot 
  • mengurangkan degradasi otot  


Nah...apa yang anda tunggu lagi ? Mulakan makan suplemen minyak ikan Omega-3 tiga kali sehari...SETIAP HARI !




 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad

Wednesday, 12 February 2014

Makanan No.1 yang MESTI Anda Jauhi


Pasti dah terbayang di minda anda makanan tersebut adalah "fast-food". Ataupun adakah burger? Pizza? Minuman bergas? Coklat, ais krim dan kentang goreng?


Tidak. Makanan No.1 yang mesti anda elak adalah ...."makanan yang paling gemar anda makan". Masing2 mempunyai "makanan pencetus" yang berbeza. Misalkata anda tersangat gemar makan ais krim sehingga sukar untuk anda berhenti makan. Inilah makanan yang menjadi musuh No.1 anda!


Acapkali kita akan memberi 1001 alasan agar dapat terus mendapatkan makanan tersebut. "Tak..makan sikit aje". "Esok boleh pergi exercise". "Nie yang last..lepas tu aku stop lah". Antara alasan yang paling popular.


Jadi...


Kenalpasti 3 makanan yang paling anda gemar dan "HARAM"kan makanan tersebut dari rumah anda. Semoga berjaya !




 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad

Wednesday, 5 February 2014

Makan Sayur Dapatkan " Flat Tummy" ?

Ya.


Anda tak salah dengar (..baca)


Pernahkah anda dengar "xenoestrogens" ? Sebatian kimia ini berasal daripada racun serangga, racun herba dan sisa petrokimia yang mencemari alam sekitar. Ianya menyebabkan hormon dalam badan kita makin kuat "mengikat" lemak dalam badan terutamanya sekitar PERUT ! Apatah lagi penumpukan lemak yang berlebihan ini boleh meningkatkan risiko kanser.


Jadi,apakah jenis sayur "nyah-lemak" ini?


Sayur2an "berbunga" (cruciferous) contohnya cauliflower.brokoli,kobis,brussels sprouts,kale dan bok choy. Ia mengandungi sebatian indol-3-karbinol yang me"neutral"kan  efek negatif xenoestrogen.


Nah..sekarang anda tak ada alasan tak mahu makan sayur !



 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad