Wednesday, 25 June 2014

10 Makanan Yang Sedap Tapi Membuang Lemak Badan!



Pucuk dicita, ulam mendatang


Kajian telah menunjukkan bahawa bukan semua makanan akan menambah lemak dan berat badan. Malahan ada makanan tertentu yang boleh "membakar" lemak badan. Apa yang menarik ialah banyak di antara makanan tersebut tergolong kategori SEDAP!


Nak tahu?


10 Makanan Yang Sedap Tapi Membuang Lemak Badan


  • Kalsium
       Boleh mengurangkan rasa lapar. Mereka yang kurang kalsium biasanya 
       mempunyai lemak berlebihan dan tidak dapat mengawal selera makan.
       Wanita (di bawah 50 tahun) dan lelaki (di bawah umur 70 tahun)     
       memerlukan 1000mg/hari. Di atas umur ini, 1200mg/hari. 
  • Makanan tenusu 
        Selain kandungan kalsium yang tinggi, makanan tenusu juga         
        mengandungi bahan2 lain yang membantu meningkatkan pembuangan    l
       lemak badan. Cadangan 3x sehari serta lebih efektif bila diganding
       dengan senaman.
  • Resveratrol
       Sejenis fitonutrien yang didapati dalam buah anggur merah,mulberi dan
       kacang. Kajian menunjukkan bahawa ia mencegah obesiti dan penyakit   
       kencing manis.
  • Minyak Kelapa
        Biasanya lemak tepu disebut lemak "jahat". Yang ini, tidak. Minyak 
       kelapa dikatakan mengurangkan lemak di pinggang dan menaikkan 
       kolesterol "baik" HDL. Maka, hadkan pengambilan lemak tepu ke 10%
       dari jumlah kalori sehari tapi jadikan minyak kelapa serta santan (ya..
       betul santan) sebagai pilihan utama.
  • PUFA dan MUFA
       Apa itu PUFA dan MUFA?? PUFA adalah "polyunsaturated fatty acid"
       sedangkan MUFA adalah "monounsaturated fatty acid". MUFA dikatakan 
      lebih baik sebab kurang menyimpan lemak di pinggang. Antara makanan 
      yang mengandungi MUFA adalah buah zaitun dan minyaknya,kekacang 
      bijirin,coklat hitam serta buah apokat. Tapi ada kajian baru menunjukkan 
      sesetengah PUFA elok dimakan,misalnya dalam ikan,kekacang dan bijirin.
      Melebihkan PUFA berbanding lemak tepu dalam pemakanan kita 
      mengakibatkan metabolisme basal (waktu rehat) naik. Maka,lebih banyak 
      kalori dibakar. PUFA juga lebih cepat dibakar dibanding lemak tepu. Diet 
      biasanya cukup PUFA omega-6. Sebaliknya, ianya kurang PUFA omega-3.
      maka, perlu ditambah dengan flaxseed,badam,kacang,salmon dan minyak 
      zaitun. Keperluan omega-3 wanita adalah 1.1g/hari manakala lelaki
      perlukan 1.6g sehari.

  • Protein
        Makanan sumber protein telah lama digunakan sebagai "makanan diet" 
       sangat berkesan. Ia memberi rasa kenyang dan meningkatkan
       pembakaran kalori selepas makan. Dengan kata lain, makanan protein
       tinggi memberi rasa cepat kenyang,kurang lapar serta lebih pembakaran  
       lemak. Wanita perlu 40g/hari dan lelaki 56g/hari.

  •  Vitamin C  
         Percaya atau tidak..kurang vitamin C menyebabkan lemak lebih mudah
        terkumpul dalam badan. Lain2 zat yang turut mempunyai efek yang sama
        adalah zink,magnesium dan vitamin E. Wanita perlu 75mg/hari manakala
         lelaki perlu 90mg/hari.









  • Quinoa,Madu dan Koko
       Ketiga2  jenis makanan ini mengelakkan lemak dari terkumpul dalam 
       badan. Quinoa merupakan sejenis bijirin. Ia kaya protein, fitosterol 
       dan vitamin E. Madu merupakan "pemanis natural" dan mengawal kadar  
       gula dalam darah agar normal. Koko mengandungi antioksidan phenolic   
       yang tinggi.

  • Serat dan Cuka
       Sayur2an dan buah2an mempunyai kandungan serat tinggi. Serat 
         menyebabkan rasa cepat kenyang. Cuka juga mempunyai efek yang
       serupa. Malah ia mengurangkan kadar gula dalam darah selepas makan. 
       Cuka turut mencegah pengumpulan lemak badan. Wanita bawah 50 tahun
       perlu 25g serat/hari sedangkan 50 tahun ke atas perlu 21g/hari. Lelaki
       bawah 50 tahun pula perlu 38g/hari dan di atas 50 tahun perlu 31g/hari.
       Cuka harus hari2. (misalnya sebagai dressing salad)
               

 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad

      

Wednesday, 18 June 2014

Makanan Segera (Fast-Food) Vs Makan Hidang di Restoran



Makanan Segera atau Makan Hidang?


Mana yang lebih sihat? Kalau anda jawab makan hidang di restoran...cuba teruskan membaca.


KFC...McDonald..PizzaHut
Sudah tentu tak sihat. Tapi tunggu dulu. Kajian menunjukkan bahawa biasanya mereka yang memilih untuk makan hidang di restoran, akhirnya akan makan 2x ganda kalori berbanding dengan makanan segera!


Ya ke?


Hakikatnya, penyediaan makanan di restoran mengutamakan kepuasan pelanggan. Justeru itu, mahu tak mahu ianya mengandungi kalori tinggi dan penambah rasa yang...(lu pikirlah sendiri)


Jadi, jangan makan luar? Tidak. Tapi berbekalkan ilmu ini, kita mesti lebih berhati2 dalam pilihan menu.


Antara tips2 ketika makan luar..

  • Minta agar separuh makanan yang dipesan dibungkus. Maka, hanya separuh yang dimakan. Andaikata, semua di atas pinggan, apa yang akan terjadi?(habis licin..bukan?)
  • Minta secara jelas bagaimana anda nak pesanan anda disediakan. Contohnya, telur dadar tanpa kuning telur guna minyak zaitun sikit. Anda bayar, anda ada hak minta untuk dimasak ikut citarasa sendiri. 

Amalkan 2 tips tersebut dan anda dapat elak lebih kurang 75% kalori tambahan!



 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad 








Wednesday, 4 June 2014

Minuman yang Membakar 220% kalori lebih daripada Teh Hijau !



Apa minuman yang boleh membakar 220% lebih kalori daripada teh hijau?


Nak tahu?


Hampir setiap hari kita dicanangkan bermacam2 suplemen mahupun ubat yang "boleh" membuat kita kurus serta-merta! Hakikatnya, kebanyakan dari "claim" ini tak menjadi. Malahan ada yang memudaratkan kesihatan terutama pil2 sintetik.


Tidak ada "pil ajaib" yang boleh menghilangkan lemak di perut kita begitu saja. Tapi terdapat alternatif "natural" yang selamat dan efektif untuk tujuan tersebut. Antara yang paling popular adalah TEH HIJAU. Teh hijau boleh membakar kalori sebanyak 43% sehari.


Nah...sebenarnya terdapat satu lagi minuman herba yang lebih hebat. Ianya membakar kalori sebanyak 220% lebih daripada teh hijau. Apakah minuman tersebut?


Minuman ini telah digunakan di China beratus tahun lamanya untuk tujuan kesihatan dan mengurangkan berat badan. Teh Oolong, terutamanya daripada jenis Wu-Long  biasanya ditanam di pergunungan Wu Yi. Ia  menghasilkan pati poliphenol yang berfungsi membakar lemak. Teh Oolong daripada jenis lain mempunyai kandungan pati yang kurang sehingga pembakaran lemak kurang dari 2.5 x berbanding jenis Wu-Long.


Ertinya...satu cawan teh Oolong (jenis Wu-Yi) bersamaan dengan 3 cawan teh Oolong jenis biasa. Dan satu cawan teh Oolong bersamaan dengan 3-4 cawan teh hijau !


Selamat minum..



 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad