Wednesday, 7 May 2014

5 Tips Menghadapi Pasangan Yang Tak Suportif


Asyraf berniat memberi galakan untuk isterinya, Farah yang baru memulakan program diet. Dia sentiasa menegur Farah kalau nak tambah nasi sewaktu makan. Begitu juga kalau isterinya ke dapur nak mencari "snack". Niat Asyraf  ingin membantu Farah sebaliknya membuat isterinya makin kecil hati. Mujur Asyraf dapat mencium bibit2 isterinya merajuk. ..Biasa lalui senario seperti ini?


Sokongan pasangan dalam program diet memang amat penting. Ia menentukan berjaya atau tidak program tersebut. Ramai pasangan berniat menolong tapi tak tahu caranya.


Apakah caranya?


Lakukanlah 5 tips yang hebat seperti berikut


  1. Tetapkan matlamat yang ANDA hendak menurunkan berat badan BUKAN kerana orang lain. Jangan asyik menegur pasangan anda agar tidak banyak makan. Sebaliknya, kalau perlu buang semua makanan ringan yang tidak berkhasiat dari dapur.
  2. Kemungkinan pergeseran hubungan suami-isteri mendorong pasangan masing2 makan dan makan...dan makan sebagai jalan keluar mengurangkan depresi. Berbincanglah dan jika perlu, dapatkan kaunseling dari pakar.
  3. Dapatkan kekuatan semangat dari keluarga,kawan,forum online atau grup diet.
  4. Lakukan penekanan POSITIF ke dalam diri anda setiap hari.                    
              Contohnya          Berat badan saya ideal 50kg
                                  Saya sihat 
                                  Saya suka makanan bernutrisi
                                  Saya bersenam hari2. 
     
       Anda harus yakindiri bahawa anda boleh buat. Penekanan positif akan     
       menguatkan program minda bawahsedar.
   
    5. Mungkin pasangan anda tidak mahu mengubah cara pemakanannya 
        kerana depresi,kecewa dan "overwork".(...stress) Ringankan beban 
        mereka. Berilah sokongan.


 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber

Salam selamba,

Dr Muhammad 
How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner

No comments:

Post a Comment