Apakah penghalang paling besar dalam usaha kita men"diet" ?
Diri kita.
Makan lewat malam. Ais krim. Nasi lemak. Roti canai. Teh tarik jangan lupa! Semua ini akan meng"hancur"kan apa2 program diet yang kita cuba. Mana taknya? Segala yang kita makan lewat malam disimpan dalam badan sebagai lemak. Kenapa? Sebab waktu malam kita tak menggunakan tenaga yang banyak.(...kecuali untuk aktiviti2 tertentu ..ahem)
Waktu siang senang mengawal makan. Malam menjelang. Anda tercari2. Restoran mamak 24 jam melambai2 anda agar kunjung menikmati nasi kandar kuah kari powerrr!...Mensia2kan segala usaha diet sepanjang siang tadi.
Antara sebab2 makan lewat malam
- menghilangkan rasa bosan
- perasaan keseorangan.(...senang je cope kahwin!)
- teringin makan benda manis
- suka makan sambil tengok TV
- "terpaksa" menemani suami makan malam kerana lambat balik kerja (..alasan yang paling popular)
- sambil belajar atau membaca buku
- sengaja mencari alasan
Jadi, bagaimanakah kita menghentikan "rantaian maut" ini? (...diterjemah vicious cycle )
Mengikut kajian psikologi, sesuatu perlakuan menjadi tabiat (habit) jika dilakukan selama 21 hari berturut2. Begitu juga dengan tabiat makan malam. Setkan 21 hari berturut2 tak makan lewat. InsyaAllah anda akan berjaya mematahkan "ritual lewat malam".
Lakukan 12 strategi berikut untuk menghentikan tabiat makan malam lewat
- Tunggu 15 min kalau anda "gian" nak makan. Biasanya, lepas 15 min hilang "gian". Kalau tak juga, buat no.2
- Minum 2 gelas air suam (..jangan air bergas/manis). Rasa haus selalu dikelirukan dengan rasa lapar.
- Makan gula2 peppermint kerana ia memberi tenaga dan membantu penghadaman..juga menghilangkan rasa lapar.
- Gosok gigi. Ada orang yang makan lepas gosok gigi?
- Minum teh herba, misalnya greentea,chamomile atau peppermint. Selain sebagai "relaxant", ia juga membuang lemak.
- Sibukkan diri dengan kerjatangan contohnya main game(iPad), menjahit dan menulis blog...
- Gunakan aromaterapi seperti lilin wangi atau cecair herba. Kajian menunjukkan aromaterapi dapat mengurangkan rasa lapar.
- Mandi air panas.
- Buang semua makanan ringan tak bernutrisi dalam rumah. Kalau memang dah tak ada, apa yang nak dicari..kan?
- Makan salad sayur dan buah contoh brokoli,lobak merah,cauliflower dan mangga. Minuman protein shake juga boleh.
- Makan 6 kali dengan selang masa yang sama tapi porsi kecil setiap hari. Ini mengurangkan rasa lapar kerana kadar gula dalam darah stabil. Lemak berlebihan turut diguna kerana metabolisme badan meningkat.
- Rajin beribadah tengah malam.
Salam selamba,
Dr Muhammad
No comments:
Post a Comment