Wednesday, 2 July 2014

10 Petua Praktis Mengurangkan Makan


Dari zaman azali,kita disuruh emak ayah kita agar menghabiskan makanan di pinggan. Emak ayah kita diajar atuk. Atuk dididik moyang dan begitulah seterusnya. Generasi ke generasi. 


Tapi...Dulu Lain,Sekarang Lain. Makanan orang dulu "natural" dan penuh nutrisi. Makanan sekarang sebaliknya. Makanan yang telah diproses menghiasi rak2 kedai. Hampir semuanya sudah ditambah bahan pengawet,pewarna dan pemanis sintetik. Semua ini menyebabkan kita "overweight".


Maka, bagaimana kita nak tahu porsi makanan yang boleh dimakan? Senang saja...jumlah makanan adalah sebesar tangan yang dikepal.(...dah tentulah tangan masing2 ) Contohnya, nasi sebanyak kepalan tangan anda. Cuma panduan ini TIDAK digunapakai untuk sayur2an dan buah2an kerana ianya penuh NUTRISI bukan KALORI


Di bawah ini saya senaraikan 10 tips mengurangkan makanan TANPA menghadapi rasa lapar ..



  1. Makan ketika lapar,berhenti sebelum kenyang.(Hadis Nabi SAW)  Bila anda rasa kenyang,bererti perut dah sampai tahap maksima. Lebihan makanan akan disimpan sebagai lemak.
  2. Gunakan pinggan kecil semasa makan. Kajian menunjukkan bahawa kita telah "diprogram" secara psikologikal sejak kecil untuk menghabiskan makanan di atas pinggan. 
  3. Kurangkan makan di luar. Makanan luar terutamanya "fast-food" kurang kandungan nutrisi. Kalau terpaksa (..teringin) makan di luar, ambil porsi kecil sekadar melepaskan "gian".
  4. Betulkan ratio protein:karbohidrat:lemak yang dikonsumsi. Ketidakseimbangan ratio ini membuatkan kita "gian" makan kerap dan berlebihan.
  5. Aturkan sesi makan ke 6 waktu dengan porsi yang kecil.(..bukan 3)  Ini adalah "golden rule" kerana ianya akan mengurangkan porsi makanan serta "gian" kerap makan. Kaedah ini juga meningkatkan metabolisme. Maka, lebih banyak lemak dibakar.
  6. Bila nak makan ringan "snack", jangan makan dari kotak atau mangkuk besar. Sediakan mangkuk kecil atau keluarkan sebahagian makanan dalam kotak ke pinggan kecil.
  7. Makan buah atau sayur2an (salad) dulu sebelum makan. Bukan sebaliknya.
  8. Minum air suam ketika makan. Bukan air bergas atau air sirap manis.
  9. Makan  awal sebelum pukul 7 malam. Elakkan makan sebelum tidur.
  10. Makan untuk hidup...bukan hidup untuk makan.            

 Tak nak ketinggalan? Kami akan hantar Tips2 terkini terus ke inbox anda!

We respect your email privacy

Email Marketing by AWeber


Salam selamba,




Dr Muhammad


iHealthTube.com - Follow The Paleo Diet for Optimal Health

No comments:

Post a Comment