Makanan Segera atau Makan Hidang?
Mana yang lebih sihat? Kalau anda jawab makan hidang di restoran...cuba teruskan membaca.
KFC...McDonald..PizzaHut
Sudah tentu tak sihat. Tapi tunggu dulu. Kajian menunjukkan bahawa biasanya mereka yang memilih untuk makan hidang di restoran, akhirnya akan makan 2x ganda kalori berbanding dengan makanan segera!
Ya ke?
Hakikatnya, penyediaan makanan di restoran mengutamakan kepuasan pelanggan. Justeru itu, mahu tak mahu ianya mengandungi kalori tinggi dan penambah rasa yang...(lu pikirlah sendiri)
Jadi, jangan makan luar? Tidak. Tapi berbekalkan ilmu ini, kita mesti lebih berhati2 dalam pilihan menu.
Antara tips2 ketika makan luar..
- Minta agar separuh makanan yang dipesan dibungkus. Maka, hanya separuh yang dimakan. Andaikata, semua di atas pinggan, apa yang akan terjadi?(habis licin..bukan?)
- Minta secara jelas bagaimana anda nak pesanan anda disediakan. Contohnya, telur dadar tanpa kuning telur guna minyak zaitun sikit. Anda bayar, anda ada hak minta untuk dimasak ikut citarasa sendiri.
Amalkan 2 tips tersebut dan anda dapat elak lebih kurang 75% kalori tambahan!
Salam selamba,
Dr Muhammad
No comments:
Post a Comment